Erysha selesa berkawan dengan Ariel, tolak spekulasi hubungan istimewa

PETALING JAYA – Pelakon, Erysha Emyra menegaskan beliau selesa berkawan dengan anggota kumpulan Alpha, Ariel Fesol, dan menolak spekulasi wujudnya hubungan istimewa antara mereka.

Menurut Erysha, gosip seperti itu perkara biasa dalam dunia hiburan, terutamanya apabila pelakon dilihat serasi di layar.

“Saya rasa gosip-gosip seperti itu perkara biasa. Bila digandingkan dengan mana-mana pelakon pun biasanya akan timbul cerita. Peminat tengok, mungkin mereka suka jadi saya okay saja. Tak marah atau terasa pun,” katanya.

Beliau menjelaskan kerjasama mereka dalam drama Satu, Duaâ€ĤDia? menyebabkan mereka rapat, tetapi hubungan itu hanya bersifat persahabatan.

“Bila kita bekerjasama di set penggambaran dua tiga bulan sama-sama memang kita akan rapat pun. Saya teruskan berkawan saja,” jelasnya.

Erysha turut memuji sikap Ariel yang mesra, mudah didekati, dan pandai bergaul dengan kru produksi.

“Saya selesa berkawan dengan dia (Ariel), sama juga saya senang berkawan dengan sesiapa. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat menghormati orang lain.

“Saya selesalah berkawan dengannya. Kalau di set penggambaran pun saya nampak dia pandai bergaul dengan team kami,” katanya lagi.

Nama Erysha dan Ariel mula menjadi perhatian peminat selepas beberapa perkongsian media sosial memaparkan kemesraan mereka, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka mungkin lebih daripada sekadar rakan kerja. – MYBERITA

BACA JUGA:  Anwar lancar buku baru esok, kupas isu keadilan dan cabaran zaman pascanormal
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...