Ibu sangka anak nak ikut resipi KA, rupanya… buat air resipi ‘Lawak Kampus’

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang ibu mengenai gelagat anak lelakinya yang mahu membuat minuman ‘resipi Lawak Kampus’ untuk berbuka puasa menjadi tular di media sosial sehingga mencuit hati ramai.

Menerusi satu perkongsian yang tular di Threads, wanita tersebut berkata anak lelakinya meminta agar dibelikan beberapa bahan ketika dia pulang dari tempat kerja.

Katanya, anaknya meminta tembikai, oren serta air soda kerana ingin menyediakan minuman untuk berbuka puasa.

“Hari ini budak kecil ini pesan dekat saya, balik kerja nanti tolong belikan tembikai, oren dan air soda sebab dia nak buat air,” tulisnya.

Wanita berkenaan pada awalnya menyangka anaknya mahu mencuba resipi minuman daripada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming.

Namun sangkaannya meleset apabila anaknya sebenarnya mahu menghasilkan minuman yang pernah dilihat dalam komik popular Lawak Kampus.

“Ingatkan nak buat resipi KA (Khairul Aming), rupanya nak buat resipi Lawak Kampus. Dia terliur tengok air dalam komik Lawak Kampus yang dia baca.

“Jadi, dia buat keputusan untuk nak buat bagi berbuka hari ini,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu.

Malah ada yang meluahkan rasa gembira apabila komik Lawak Kampus masih menjadi bahan bacaan generasi muda. -MYBERITA

BACA JUGA:  Lepas setahun kerja, wanita hadiahkan ibu gelang emas
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...