KUALA LUMPUR â Kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung pada Rabu dan Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
âDiskaun ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) sehingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis),â katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, tawaran diskaun itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Langkah ini diharap dapat membantu orang ramai menjimatkan kos perjalanan sekaligus memudahkan pergerakan balik kampung menjelang sambutan Aidilfitri. -MYBERITA

