RIYADH – Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok selepas anak bulan Syawal gagal dilihat pada petang semalam.
Dengan keputusan itu, umat Islam di negara tersebut berpuasa penuh selama 30 hari tahun ini. Solat sunat Aidilfitri pula dijadualkan 15 minit selepas matahari terbit esok.
Mahkamah Agung Arab Saudi turut menggesa umat Islam untuk memerhatikan anak bulan pada hari ke-29 Ramadan bagi menentukan tarikh sambutan Aidilfitri.
Penampakan anak bulan menandakan berakhirnya Ramadan dan permulaan sambutan Aidilfitri yang berlangsung selama seminggu.
Menurut laporan, kebanyakan keluarga telah bersiap sedia menyambut 1 Syawal dengan orang ramai membanjiri pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu serta barangan keperluan. -MYBERITA

