Kreativiti murid curi perhatian, PMX terharu terima kad ucapan Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terharu selepas menerima pelbagai kad ucapan Aidilfitri hasil sentuhan kreatif murid-murid dari beberapa sekolah di seluruh Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau berkongsi gambar kad-kad berwarna-warni yang dihasilkan dengan pelbagai idea menarik, termasuk hiasan lampu yang mencuri perhatian.

Menurut Anwar, setiap kad yang diterimanya bukan sekadar membawa ucapan sempena Syawal, sebaliknya menjadi lambang ingatan tulus serta kasih sayang yang amat bermakna buat dirinya.

“Alhamdulillah, terharu betul saya apabila menerima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak.

“Setiap kad ini bukan sekadar ucapan, tetapi tanda ingatan yang tulus dan penuh kasih sayang. Kecil pada rupa, namun besar maknanya buat saya,” katanya.

Paling menyentuh hati, beliau turut meluangkan masa menandatangani kesemua kad tersebut selain mencatat nama sekolah yang mengirimkannya sebagai tanda penghargaan.

Tindakan itu sekali gus mencerminkan penghargaan beliau terhadap usaha dan kreativiti murid-murid yang bersungguh-sungguh menzahirkan ucapan Aidilfitri menerusi hasil tangan sendiri.

Difahamkan, antara kad yang diterima adalah daripada murid Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan Muazzam Jaya, murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Talang, Sekolah Dalam Hospital Hospital Selayang serta Sekolah Damansara Jaya.

“Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai,” katanya.

Perkongsian tersebut turut disusuli ucapan Salam Lebaran daripada Anwar kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Aidilfitri. -MYBERITA

BACA JUGA:  Agong terima menghadap PM Anwar di Istana Negara pagi ini
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...