Ingatkan beratur beli puding karamel, rupanya tandas Bentong sesak

KUALA LUMPUR – Sebuah stesen minyak di Bentong, Pahang menjadi tumpuan ramai apabila orang awam dilihat beratur panjang semata-mata untuk menggunakan tandas, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di Facebook, orang ramai dilihat berbaris dari pintu masuk tandas hingga ke pekarangan stesen minyak berkenaan, sekali gus mencetuskan suasana luar biasa di lokasi tersebut.

Difahamkan, mereka terdiri daripada pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dan singgah untuk berehat serta menggunakan kemudahan yang disediakan.

Menurut pemilik hantaran, situasi itu membuatkan sesetengah individu terpaksa mencari alternatif lain kerana tidak mampu menunggu terlalu lama.

“Alamak, ramai manusia beratur. Nasib boleh tahan lagi ni. Pergi tandas lain lah, tak boleh berdiri lama-lama,” katanya dalam kapsyen video tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengakui situasi sama sering berlaku setiap kali musim perayaan, khususnya di hentian rehat dan stesen minyak sepanjang lebuh raya.

Rata-rata berpendapat kemudahan tandas awam perlu dipertingkatkan bagi menampung jumlah pengguna yang meningkat mendadak ketika musim perayaan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Cermin kereta dipecah, pemandu diserang 10 individu bertopeng
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...