Kerajaan pertimbang ‘wfh’ secara berperingkat untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal termasuk bekerja dari rumah (WFH) secara berperingkat bagi penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut akan dilakukan secara terpilih mengikut keperluan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan awam.

Menurut beliau, penjawat awam akan dibenarkan bekerja dari rumah secara berperingkat dan terpilih berdasarkan kesesuaian tugas.

“Penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah,” katanya dalam perutusan khas petang ini.

Beliau pada masa sama menggesa sektor swasta untuk melaksanakan pendekatan sama seperti yang telah diamalkan oleh beberapa syarikat dan institusi perbankan sebelum ini.

“Saya percaya sektor swasta juga boleh melaksanakan seperti yang telah dilakukan oleh beberapa syarikat dan bank,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kerajaan akan terus menjaga disiplin dalam perbelanjaan negara selain mengelakkan keborosan serta ketirisan.

Menurutnya, Malaysia masih berada dalam kedudukan ekonomi yang baik walaupun dunia berdepan ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi global.

“Kita lihat Malaysia masih mendapat tarikan sebagai pusat pelaburan yang aktif walaupun dunia berdepan pelbagai kemelut ekonomi.

Sehubungan itu, beliau berharap negara terus kekal aman dan rakyat bekerja keras bagi memperkukuh ekonomi serta meningkatkan keupayaan negara menghadapi cabaran global.– MYBERITA

BACA JUGA:  AI perlu seiring dengan nilai, budaya tempatan – Anwar
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...