RM30 terselamat dalam beg Christy Ng ketika rumah musnah terbakar

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini bertukar pilu buat sebuah keluarga di Gerik apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menerusi satu video yang tular, @sssuuueeeeee memaklumkan rumah saudaranya dijilat api pada hari raya keempat, sekitar jam 12.30 pagi, 24 Mac lalu.

Namun, mereka sekeluarga reda dengan ujian tersebut dan percaya rezeki lain bakal datang selepas insiden itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah wang raya bernilai RM30 yang terselamat daripada kebakaran kerana disimpan dalam sebuah beg tangan jenama lokal, Christy Ng. 

Beg tangan berwarna hitam jenis Iggy Baguette itu milik sepupunya, Ain, dan hanya mengalami kerosakan sedikit sahaja.

“Rumah total lost sebab litar pintas. Yang selamatnya RM30 sebab simpan dalam beg Christy Ng,” katanya

@sssuuueeeeee

Kehadapan Bos @Christy Ng 💛 bag awak kalis api ke 😅 duit raya rm30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru2 ni Gerik Perak 😱 Buat Kupu2 ku @Ain semoga dipermudahkan segala urusan. awak kuat ♥️

♬ original sound – sssuuueeeeee – sssuuueeeeee

Perkongsian itu menarik perhatian ramai di media sosial yang memuji kualiti beg tangan jenama Christy Ng. Ramai menegaskan ia seperti “review sebenar” bagi jenama lokal tersebut kerana mampu melindungi wang raya daripada kebakaran.

Pemilik jenama, Christy Ng, turut mengucapkan takziah dan meminta keluarga berkenaan menghubungi pihaknya untuk tindakan lanjut. 

Kejadian ini sekaligus menekankan pentingnya ketahanan material barang peribadi serta menimbulkan rasa kagum ramai terhadap ketahanan beg tempatan dalam situasi luar jangka. -MYBERITA

BACA JUGA:  PM Anwar ke Sabah esok tinjau banjir
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...