KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi kementerian dan agensi kerajaan, tidak termasuk badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bermula 15 April ini.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai usaha mengurangkan penggunaan bahan api selain memastikan kemampanan bekalan tenaga negara dalam menghadapi krisis tenaga global.
Menurut beliau, perincian lanjut mengenai pelaksanaan dasar berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
âSaya ingin tegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat.
âBerapa jumlah belanja untuk menyerap impak minyak yang meningkat ini? RM4 bilion sebulan.
âIni bukan perkara kecil. Pihak yang menimbulkan isu ini harus faham bahawa kerajaan menyalurkan tambahan RM4 bilion untuk membantu menahan kesan kenaikan harga,â katanya dalam satu taklimat ringkas hari ini.
Tambah beliau, kerajaan turut mengalu-alukan cadangan daripada rakyat pelbagai lapisan termasuk peniaga, nelayan dan pekerja bagi membantu negara menangani cabaran semasa.
âTetapi keupayaan kita ada batasnya, dan kita perlu melihat pengalaman negara lain.
âJika ada cadangan daripada peniaga, nelayan atau pekerja, sila kemukakan.
âMajlis Tindakan Ekonomi dan jawatankuasa berkaitan Jemaah Menteri bermesyuarat setiap hari, dan kita turut memanggil wakil-wakil industri serta rakyat.
âSaya sendiri akan bertemu kontraktor kecil, wakil nelayan dan petani untuk mendengar keluhan mereka serta mencari jalan membantu setakat kemampuan,â katanya lagi. – MYBERITA

