Guru dan murid sebak berpisah, cincin jadi tanda kenangan terakhir

KOTA BHARU – Seorang murid lelaki mencuri perhatian netizen apabila dia menzahirkan tanda penghargaan kepada guru lelakinya sebelum berpisah apabila guru berkenaan akan berpindah ke sekolah baharu.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, suasana menjadi sebak apabila murid berkenaan dilihat menangis teresak-esak sebelum menyerahkan ‘hadiah’ simbolik tersebut kepada gurunya.

Lebih menyentuh hati, guru berkenaan turut tidak dapat menahan sebak sebelum memeluk dan mendukung murid tersebut, dengan kedua-duanya dilihat sama-sama menitiskan air mata.

Difahamkan, guru tersebut akan berpindah ke sebuah sekolah baharu di Kota Bharu, Kelantan selepas bertahun-tahun menabur bakti di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mahligai, Kuala Krai.

Menerusi perkongsian di TikTok, guru berkenaan turut meluahkan rasa sayu untuk meninggalkan anak-anak murid yang banyak mencipta kenangan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Selamat tinggal anak-anak SK Seri Mahligai yang dikasihi sekalian. Semoga kalian berjaya dalam setiap usaha yang dilakukan. Kalianlah kebanggaan cikgu,” katanya

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna tersentuh melihat keakraban antara guru dan murid berkenaan, selain memuji pengorbana guru tersebut yang disifatkan meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan pelajarnya.

“Inilah balasannya apabila keikhlasan mendidik anak-anak pelajar, ia bukan dibuat-buat tetapi lahir dari sifat keikhlasan yang mendalam. Terbaik cikgu, anda insan hebat,” kata seorang pengguna. 

@norainimahmood916

Terima kasih cikgu faiz @abe_pa16 atas ilmu yg dicurahkan.

♬ bunyi asal – takdir & waktu – takdir & waktu

Perkongsian ini turut menggambarkan betapa besar nilai hubungan antara guru dan murid yang dibina atas dasar keikhlasan, kasih sayang serta penghargaan, sekali gus meninggalkan kenangan bermakna dalam kehidupan kedua-duanya.  –MYBERITA

BACA JUGA:  Lelaki kantoi rakam bawah ‘skirt’ wanita dalam LRT
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...