“Berbaloi ke?”, isu harga majlis ilmu Neelofa dan PU Riz jadi perbincangan hangat

KUALA LUMPUR – Isu bayaran kelas agama anjuran pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz sekali lagi mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Perkara itu timbul selepas seorang individu menerusi platform Threads mempersoalkan harga tiket program berkenaan yang didakwa mencecah sehingga RM1,000.

“Tiket talk Neelofa sampai RM1,000? Siapa yang pernah pergi? Berbaloi ke?” tulis pengguna di ruangan kapsyen. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas menghadiri program berkenaan, selain tidak kurang yang mempertikaikan kadar bayaran dikenakan.

Ada dalam kalangan pengguna yang membuat perbandingan antara kelas agama tersebut dengan acara hiburan seperti konsert artis, mempersoalkan nilai dan pengisian yang ditawarkan.

“Bagi saya berbaloi. Kalau tiket konsert K-pop untuk tiga hingga empat jam pun boleh cecah ratusan ringgit walaupun kena berdiri dan berpanas, inikan pula pengisian rohani. 

“Duduk pula di tempat berhawa dingin dan tidak sesak, jadi kenapa tidak untuk melabur dalam kelas seperti ini,” kata seorang pengguna. 

Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna yang berpendapat harga tersebut adalah wajar memandangkan program dianjurkan di lokasi eksklusif selain menyediakan pelbagai kemudahan kepada peserta.

“Berbaloi, sebab ini pasal ilmu dan pengisian rohani. Duduk dalam aircond, dapat merchandise lagi. Bukan borak kosong lepas tu balik tak dapat apa-apa. 

“Kadang ilmu macam ini lah kita kena pelajari sebab kita banyak ‘lost’ dengan duniawi. Bila kita dalam majlis ilmu, masalah yang ada pun rasa macam hilang sekejap,” kata seorang lagi pengguna. 

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz tampil menjelaskan bahawa bayaran dikenakan mengambil kira faktor lokasi program di hotel lima bintang, penyediaan makanan serta barangan cenderamata kepada peserta.

BACA JUGA:  "Tiba-tiba keluar seketul", benda asing ditemui dalam santan kotak ternama

Perkongsian tersebut sekali lagi membuka ruang perbincangan dalam kalangan masyarakat mengenai isu harga program keagamaan serta persepsi nilai terhadap pengisian yang ditawarkan. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...