Isnin, 24 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
NasionalTok Mat selesai angkat sumpah ADUN Rantau

Tok Mat selesai angkat sumpah ADUN Rantau

SEREMBAN – Ahli Parlime Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau (N27), hari ini, sekali gus meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat di peringkat negeri selain memikul tanggungjawab di peringkat Persekutuan.

Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16, Datuk Seri Dr Awaludin Said dan turut disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu tidak asing dalam politik Negeri Sembilan apabila beliau pernah menerajui pentadbiran negeri sebagai Menteri Besar selama beberapa penggal sebelum beralih memainkan peranan lebih besar di peringkat Persekutuan.

Selesai istiadat berkenaan, Mohamad turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Ismail yang membuka ruang kepada kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Negeri Sembilan.

Menurut Ismail, pertemuan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pentadbiran serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Negeri Sembilan serta usaha memperkukuh pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-