Isnin, 21 Julai 2025
UTAMASEMASAJuara bertahan tewas mengejut, Goh–Shevon akur gugur Di pusingan pertama

Juara bertahan tewas mengejut, Goh–Shevon akur gugur Di pusingan pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hasrat juara bertahan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai, untuk melakar kejayaan di Malaysia Masters 2025 tidak kesampaian apabila tersingkir seawal pusingan pertama hari ini.

Pasangan suami isteri yang menduduki ranking ketiga dunia itu tewas straight set kepada gandingan Denmark, Mads Vestergaard–Christine Busch, dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dalam aksi tersebut, Soon Huat–Shevon bermula goyah apabila tewas 18-21 pada set pertama, sebelum kembali mencuba untuk bangkit pada set kedua. Namun, kecederaan yang dialami Soon Huat dilihat membataskan pergerakannya, terutama dari segi lompatan.

Walaupun berusaha memberi saingan, mereka tetap tidak mampu menandingi aksi pantas dan agresif lawan, sekali gus tewas 19-21 dalam masa 38 minit permainan.

“Secara peribadi, permainan kami agak tidak stabil dan tidak konsisten. Ia menjadi iktibar buat kami untuk kembali lebih kuat,” kata Shevon dalam nada kecewa selepas tamat perlawanan.

Shevon turut meluahkan rasa bersalah kepada penyokong yang hadir memberikan sokongan dan berharap dapat bangkit semula dalam kejohanan akan datang.

Dalam pada itu, Soon Huat mengakui masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki kiri yang dialaminya sebelum ini, yang menyukarkan pergerakan dan prestasi di gelanggang.

Pasangan ini dijangka menyertai saingan Terbuka Singapura pada akhir bulan ini, sebelum meneruskan cabaran di Terbuka Indonesia awal bulan hadapan. Mereka bertekad untuk kembali dengan semangat baharu dan prestasi lebih mantap.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA