PM Anwar terima kunjungan hormat Gabenor Guangxi, perkukuh hubungan Malaysia-China

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Lan Tianli bersama delegasi di pejabat beliau di Putrajaya.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran Facebook, Anwar menyifatkan lawatan itu sebagai bukti hubungan erat dan jalinan lama antara Malaysia dan China, khususnya Guangxi yang merupakan rakan wilayah penting.

\”China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah USD106.04 bilion (RM484.12 bilion),\” katanya.

Menurut beliau, Guangxi sebagai pintu masuk utama China ke ASEAN memainkan peranan strategik dalam memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan China.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut memaklumkan Malaysia sedang menantikan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 April ini.

\”Kami turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan digital. Malaysia menyasarkan untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan saya menjemput syarikat AI terkemuka dari China untuk mempertimbangkan penubuhan ibu pejabat serantau mereka di sini,\” katanya.

Turut dibincangkan ialah kemajuan Inisiatif “Dua Negara, Taman Berkembar” yang merangkumi Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), yang menurut Anwar terus menunjukkan pencapaian positif.

“Setakat ini, 19 projek telah diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan pewujudan lebih 10,000 pekerjaan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM20.77 bilion telah direalisasikan dan 7,572 pekerjaan telah diwujudkan,\” jelas beliau.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar hubungan diplomatik antara Malaysia dan China terus berada di tahap kematangan yang tinggi serta mampu mengharungi sebarang cabaran pada masa hadapan.

BACA JUGA:  Adira nafi terlibat isu yang didakwa bekas madu
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...