Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada petang tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di laman sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, KL.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan ringkas itu.

Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai Pak Lah, menerajui tampuk pemerintahan negara dari tahun 2003 hingga 2009 selepas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad. Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang berhemah, tenang dan menitikberatkan nilai kesederhanaan dalam pentadbiran.

Maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian dan penghormatan terakhir akan dimaklumkan kemudian. Rakyat Malaysia turut dijangka memberi penghormatan terakhir kepada tokoh negarawan ini yang banyak berjasa kepada pembangunan negara.

Al-Fatihah.

BACA JUGA:  ‘Ilmu tanpa adab’, profesor sebuah universiti awam dikecam komen hina PM
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...