Polis terkejut jumpa video seksual anak perempuan sendiri berusia 14 tahun

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis terkejut apabila menemukan video perlakuan seksual anak perempuannya yang berusia 14 tahun bersama seorang remaja lelaki dalam telefon pintar milik anaknya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu terbongkar selepas pegawai berkenaan terdorong memeriksa telefon bimbit anaknya susulan pendedahan beliau mengenai peningkatan kes jenayah seksual di negeri itu.

“Selepas pendedahan itu pada minggu lalu, pegawai polis berkenaan terus membuat semakan dalam telefon anaknya. 

Dia terkejut melihat video hubungan anak perempuannya dengan seorang lelaki.

“Pegawai polis itu terus membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Aidilfitri Konsortium E-Mutiara Berhad, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Menurut beliau, pendedahan itu memberi kesedaran kepada masyarakat termasuk ibu bapa dan remaja mengenai kepentingan melaporkan kejadian rogol atau perlakuan seksual.

“Selepas pendedahan itu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

BACA JUGA:  Kerja sedut air bertakung fokus hari keenam operasi kawah letupan paip gas
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com