Azizulhasni Awang utamakan pemulihan, sasar Sukan Asia dan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memilih untuk tidak tergesa-gesa kembali ke pentas kejohanan kompetitif demi memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap terbaik menjelang dua temasya utama tahun hadapan.

Azizulhasni yang kini beraksi secara profesional bersama Team Azizul berkata, fokus utama adalah untuk memperkukuh persiapan fizikal dan mental bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya serta Sukan Komanwel Glasgow 2026.

“Objektif utama saya tahun ini adalah cuba melayakkan diri ke Kejohanan Dunia (Oktober), sekurang-kurangnya dalam acara berpasukan. Tapi saya perlukan sekurang-kurangnya empat hingga lima bulan untuk dapatkan semula rentak,” jelasnya.

Tambah beliau, keputusan untuk tidak tergesa-gesa menyertai kejohanan kompetitif adalah langkah berhati-hati agar tidak mengalami kecederaan jangka panjang.

Baru-baru ini, pelumba kelahiran Terengganu itu mengumumkan langkahnya untuk bergerak secara profesional bersama pasukannya sendiri, selepas sekian lama berada di bawah naungan skuad kebangsaan.

Walaupun kini bergerak secara bebas, Azizulhasni masih menerima sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah menyalurkan geran sebanyak RM200,000 bagi membantu persiapannya.

“Saya tak lagi bersama skuad negara, jadi prestasi saya akan dinilai dari semasa ke semasa. Apa pun, tumpuan saya adalah Sukan Asia dan Komanwel,” katanya.

BACA JUGA:  Siti Kasim menang saman, JAWI diperintah bayar ganti rugi RM160k
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...