Bateriku.com hulur bantuan RM20,000 kepada mangsa letupan gas

PUTRA HEIGHTS – Prihatin dengan nasib pelanggan yang terjejas akibat insiden letupan gas baru-baru ini di Putra Heights, syarikat penyedia bateri kenderaan dan bantuan perkhidmatan jalan raya, Bateriku.com, tampil menghulurkan bantuan dalam bentuk bateri kereta baharu bernilai hampir RM20,000.

Menurut syarikat itu, tindakan segera diambil bagi meneliti rekod pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka di kawasan terjejas, khususnya di sekitar kawasan perumahan Putra Harmoni.

“Hasil semakan kami mendapati 58 pelanggan merupakan pemilik kenderaan yang berada dalam zon terjejas akibat insiden tersebut,” kata Bateriku.com dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 April lalu, pasukan Bateriku.com turun padang ke kawasan terlibat untuk melaksanakan program pertukaran bateri secara ‘1 to 1’, sebagai langkah meringankan beban mangsa yang perlu menanggung kos baik pulih selepas insiden yang mengejutkan komuniti itu.

Selain bantuan pertukaran bateri secara percuma, syarikat itu turut menawarkan baucar diskaun untuk servis penukaran bateri serta pakej servis kenderaan di BGarage, khusus untuk pelanggan dalam senarai terjejas yang tidak dapat hadir atau memiliki kenderaan yang mengalami kerosakan lebih serius.

“Ini adalah usaha kami untuk membantu, walaupun kecil, agar pelanggan kami tidak berasa terpinggir di saat mereka menghadapi kesusahan,” tambah kenyataan itu.

Bateriku.com turut memberi jaminan bahawa bantuan tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Syarikat itu akan meneruskan usaha menyalurkan sokongan berterusan dalam bentuk perkhidmatan, diskaun, serta kemudahan berkaitan bagi mangsa yang memerlukan, sambil mengekalkan komunikasi rapat dengan komuniti setempat untuk memahami keperluan mereka dari semasa ke semasa.

BACA JUGA:  Banjir Hatyai: Pelajar UUM terkandas terpaksa makan bubur akibat bekalan terhad
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...