Tengku Zafrul dilantik presiden baharu BAM ke-13

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, secara rasmi dilantik sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ke-13 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Pelantikan Tengku Zafrul menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang melepaskan jawatannya tahun lalu bagi memberi fokus penuh kepada tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pemilihan beliau sebagai presiden baru BAM dibuat setelah mendapat persetujuan sebulat suara daripada Ahli Majlis badan induk itu.

Tengku Zafrul menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu penghormatan yang besar.

\”Saya akan galas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, dan komitmen,\” katanya dalam ucapan selepas diumumkan sebagai presiden baharu.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan mampu memperkasa BAM, bukan hanya di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

\”Saya percaya, dengan sokongan semua pihak, kita mampu menjadikan BAM sebagai badan sukan yang cemerlang di Malaysia dan dunia,\” tambahnya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memohon agar diberi tempoh 100 hari untuk bertemu dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pemain, jurulatih, dan pegawai BAM. Beliau ingin mendengar dan memahami isu-isu yang dihadapi sebelum mengambil sebarang tindakan.

\”Saya perlukan masa untuk meneliti secara menyeluruh setiap isu yang ada. Saya percaya, kunci kepada perancangan jangka panjang yang berjaya ialah pelan yang komprehensif dan realistik. Selepas 100 hari, saya akan bentangkan visi strategik dan pelan tindakan untuk BAM,\” ujar Tengku Zafrul.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa Datuk V. Subramaniam dan Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos kekal menyandang jawatan Timbalan Presiden 1 dan Timbalan Presiden 2 BAM.

BACA JUGA:  Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

Dengan pelantikan ini, diharapkan BAM akan terus berkembang dan membawa kejayaan yang lebih besar dalam dunia badminton, khususnya di peringkat antarabangsa.

Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...