Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
SemasaAgong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah dan rasa sedih buat keluarga mangsa...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah dan rasa sedih buat keluarga mangsa anggota FRU

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Teluk Intan, Perak hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Seri Paduka Baginda berdua melahirkan kesedihan atas tragedi berkenaan yang meragut nyawa para anggota keselamatan tersebut.

“Sungguh menyedihkan. Saya dan isteri saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang kehilangan ahli mereka dalam tragedi ini.

“Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati, dan para keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan melalui tempoh yang amat sukar ini,” titah baginda.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan seramai sembilan anggota FRU maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada awal pagi tadi.

Insiden itu mencetuskan kesedihan dalam kalangan rakyat, khususnya warga pasukan keselamatan yang menyifatkan pemergian mereka sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin negara turut tampil menzahirkan ucapan takziah serta menyeru orang ramai agar terus mendoakan ketenangan roh para wira negara yang terkorban.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-