Diskaun istimewa Astro untuk penjawat awam, jimat sehingga RM960

KUALA LUMPUR – Syarikat peneraju kandungan dan hiburan negara, Astro, terus menghargai jasa penjawat awam menerusi pelancaran ‘Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam’, yang kini ditawarkan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh Malaysia.

Pek istimewa ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada golongan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

\"Iklan\"
Iklan

Ia merupakan sebahagian daripada pek Astro One dan menawarkan akses kepada kandungan premium termasuk saluran pilihan, program tempatan, Astro Originals, hiburan atas permintaan serta akses penstriman menerusi Astro GO.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, penawaran eksklusif ini merupakan cara Astro menyatakan terima kasih kepada golongan yang banyak berjasa kepada negara.

“Kami memahami tanggungjawab besar yang dipikul oleh penjawat awam. Pakej istimewa ini mencerminkan penghargaan kami kepada mereka, dengan menawarkan hiburan berkualiti pada harga lebih berpatutan. Kami percaya tawaran ini membawa nilai yang sangat bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada tawaran ini, penjawat awam boleh melanggan Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One dengan diskaun istimewa serta penjimatan sehingga RM960. Tawaran turut merangkumi tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan pemasangan Plug & Play secara percuma.

\"Iklan\"
Iklan

Antara kelebihan pek yang ditawarkan:

  • Pek Entertainment Astro One: RM39.99/sebulan
    Akses ke lebih 100 saluran dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa. Pelanggan boleh menonton program popular seperti Big Stage AlphaDia Bukan SyurgaSeribu Tahun, dan Astro Originals First Wives.
  • Pek Sports Astro One: RM69.99/sebulan
    Termasuk semua dalam Pek Entertainment, dengan tambahan siaran langsung sukan seperti Premier League, BWF, Liga Malaysia, STL, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi.
  • Tontonan Percuma Kandungan Kanak-Kanak (asal: RM9.99 sebulan):
    Termasuk saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan lain-lain.
BACA JUGA:  Penuntut kolej maut terjatuh 21 meter dari jejambat DASH
\"Iklan\"
Iklan

Penjawat awam yang berminat boleh mendaftar mulai hari ini melalui laman web rasmi Astro di www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di talian +603-9543 3838.

\"Iklan\"
Iklan

Pendaftaran memerlukan bukti sebagai penjawat awam atau pesara kerajaan untuk pengesahan. Astro menyeru para penjawat awam agar mengambil peluang ini untuk menikmati hiburan terbaik bersama keluarga, dengan nilai yang lebih tinggi dan pengalaman menonton yang lebih fleksibel.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...