Shukri Yahya ‘humble’ & setia, Nadhir Nasar pula panas baran, siapa pilihan penonton?

KONGSI

KUALA LUMPUR – Sebuah drama baharu berjudul Rumah Tanpa Luka kini menjadi bualan peminat drama tempatan apabila ia mengangkat kisah sarat emosi yang dekat dengan realiti masyarakat.

Lebih menarik, drama terbitan Suhan Movies & Trading bersama BamBam Studios ini mengetengahkan dua karakter lelaki berlawanan sifat iaitu seorang digelar green flag, seorang lagi red flag.

Disiarkan di Astro Ria sejak 1 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam, Rumah Tanpa Lukamenampilkan kisah seorang anak istimewa sindrom Down yang tidak diingini keluarganya sendiri, selain menyentuh isu anak perempuan sulung memikul tanggungjawab sebagai pengganti ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN