Vape di Perlis akan diharamkan 1 Ogos ini

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis hari ini mengumumkan keputusan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di seluruh negeri itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, larangan tersebut akan melibatkan kurang daripada 50 premis yang kini dikenal pasti menjual produk vape di negeri berkenaan.

“Keputusan ini dibuat selepas mendapati penggunaan vape memberi kesan negatif dan menjadi ancaman kepada golongan anak muda di Perlis,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mohd. Shukri turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada para pengusaha vape agar mereka dapat beralih kepada perniagaan lain yang lebih bersesuaian.

“Kita berharap para pengusaha dapat bersedia dan membuat persiapan rapi untuk mencari sumber perniagaan baharu sebelum larangan ini dikuatkuasakan,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, keputusan itu turut selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini yang mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan umat Islam.

“Kerajaan negeri mengambil langkah tegas ini sebagai usaha untuk melaksanakan fatwa tersebut secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat, khususnya anak muda yang mudah terpengaruh dengan trend penggunaan vape,” katanya.

Langkah ini menjadikan Perlis antara negeri terawal di Malaysia yang mengambil tindakan drastik dalam membanteras penjualan vape secara menyeluruh.

BACA JUGA:  Pahang isytihar vape haram
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...