Suami isteri jual vape cecair dadah kepada pelajar sekolah ditahan

JASIN – Tindakan sepasang suami isteri yang baru tiga bulan mendirikan rumah tangga menjual rokok elektronik (vape) mengandungi dadah kepada pelajar sekolah membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam satu serbuan semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sebuah rumah sewa di Jasin Bestari.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati pasangan terbabit aktif mengedar pelbagai jenis dadah dalam bentuk cecair vape, pil dan serbuk, dengan sasaran utama pelajar sekolah serta remaja.

“Antara dadah yang dirampas termasuk cecair ketamin seberat 127.5 mililiter yang dipercayai digunakan dalam rokok elektronik serta pil ekstasi, Eramin 5, syabu, ganja dan serbuk ketamin.

“Modus operandi pasangan ini ialah membungkus semula dadah ke dalam bekas cecair vape berperisa bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Tambahnya, polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan motosikal SYM Husky milik suspek, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM32,650.

Pasangan itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu dan menggunakan media sosial serta kenalan rapat untuk mengedarkan dadah.

Suspek lelaki merupakan warga Singapura dengan tiga rekod jenayah lampau di negara asalnya, manakala isterinya merupakan warga tempatan.

Ujian air kencing ke atas kedua-duanya didapati positif methamphetamine.

“Dadah yang dirampas dianggarkan mampu digunakan oleh seramai 786 orang penagih,” ujar beliau.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 27 Mei hingga 2 Jun 2025 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

BACA JUGA:  Baru enam tahun dah hafal... Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

Dalam perkembangan berkaitan, pada 20 Mei lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka turut menumpaskan satu lagi sindiket dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka, dengan nilai rampasan mencecah RM362,370.30.

Seorang pasangan kekasih turut ditahan dalam operasi tersebut.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...