Presiden Guinea-Bissau disambut rasmi di Putrajaya

PUTRAJAYA – Presiden Republik Guinea-Bissau, Jeneral Umaro Sissoco Embalo menerima sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi Rabu sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Embalo pada jam 9 pagi, disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua negara.

Embalo kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Embalo tiba di Kuala Lumpur pada jam 3 petang Selasa lalu.

Ini merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada Februari 2020.

Sepanjang lawatan, beliau dan Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan isu serantau dan antarabangsa, termasuk kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian, pendidikan serta pembangunan kapasiti.

Perdana Menteri turut menjadi hos jamuan rasmi di Kompleks Seri Perdana sebagai penghormatan kepada Embalo dan delegasinya.

Malaysia dan Guinea-Bissau telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak November 1974.

Setakat 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Guinea-Bissau mencecah RM4.1 juta, dengan eksport Malaysia bernilai RM4.04 juta dan import sebanyak RM60,000.

BACA JUGA:  RXZ Members 7.0 terima suntikan dana RM300,000, tarik lebih 100,000 peserta
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...