China wujudkan \’Visa ASEAN\’ untuk semua negara ASEAN

BEIJING – China mengumumkan pelaksanaan \’Visa ASEAN\’ yang bakal ditawarkan kepada rakyat dari 10 negara anggota ASEAN serta Timor-Leste sebagai negara pemerhati ASEAN, bagi mempermudah urusan perjalanan dan pertukaran rakyat antara China dan Asia Tenggara.

Pengumuman itu dibuat oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam satu sidang media di sini pada Selasa.

Menurut Lin, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan mempercepat pembentukan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN, yang disifatkannya semakin menunjukkan hasil positif sejak beberapa tahun lalu.

“Pertukaran rakyat antara China dan negara-negara Asia Tenggara sangat erat.

\”Langkah mempermudah perjalanan ini adalah hasrat bersama semua pihak,” katanya.

Sebagai tambahan kepada pengecualian visa yang sedia ada antara China dengan Malaysia, Singapura dan Thailand, serta program “Visa Lancang-Mekong” untuk negara-negara di lembangan Sungai Mekong, visa ASEAN akan menawarkan kemudahan lebih komprehensif.

Visa ini menawarkan visa pelbagai kemasukan selama lima tahun kepada pemohon yang layak untuk tujuan lawatan perniagaan ke China.

Ia turut meliputi pasangan dan anak-anak mereka, dengan tempoh maksimum tinggal di China sehingga 180 hari bagi setiap kemasukan.

Langkah ini dilihat sebagai strategi diplomatik untuk memperkukuh integrasi serantau dan merangsang pertumbuhan ekonomi serta pelaburan antara China dan Asia Tenggara.

BACA JUGA:  Bantuan Aidilfitri RM500 dibayar 13 Mac, legakan penjawat awam sambut lebaran
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...