Remaja perempuan ‘scam’ Touch ‘n Go tular, didakwa buat di merata negeri

PASIR PUTEH – Tindakan licik seorang remaja perempuan yang berpura-pura membeli tambah nilai kad Touch ‘n Go tanpa membuat bayaran akhirnya terbongkar selepas wajahnya dirakam jelas menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis di daerah ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna platform X, @Rajaazam130, kejadian itu berlaku ketika remaja terbabit datang ke premisnya dan berpura-pura mahu membeli tambah nilai dalam jumlah besar.

@amarrrr2018 Membalas kepada @amxrul112 ♬ bunyi asal – Raja Azam130

Sebaik menerima resit transaksi daripada juruwang, remaja berkenaan didakwa secara senyap merakam nombor PIN menggunakan telefon bimbit, sebelum memberi alasan tertinggal wang dan terus melarikan diri bersama seorang adik serta kenderaan berwarna putih yang sedia menunggu di hadapan kedai.

“Tolong sebarkan, dia (remaja perempuan) datang berpura-pura nak beli Touch ‘n Go, kemudian rakam video nombor PIN secara senyap dan beritahu duit tertinggal. Kedai saya telah rugi sebanyak RM300,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman CCTV berkenaan turut menunjukkan wajah dan gelagat suspek yang kini giat dikongsikan orang ramai di media sosial sebagai langkah berjaga-jaga kepada para peniaga lain.

Tinjauan di ruangan komen turut mendapati bahawa remaja itu dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian serupa di negeri lain.

“Minggu lepas viral dia buat kat kedai kawasan Gua Musang, rugi RM400,” dakwa pengguna @Hawaakira.

“Memang Kelantan tapi budak tu orang utara, dia buat kerja merata. Pernah jadi di Terengganu dan keliling negeri, dia tak buat sekitar rumah dia supaya mudah lari jauh,” kata @Sarahadriana.

“Ya Allah kau kan dik RM50 Touch ‘n Go. Akak nak beli yang RM10 pun empat kali fikir, kesudahannya tak beli,” seloroh @imahhelper.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  ‘Kantoi’ bawa sos dan mayonis belum bayar, remaja tular disiasat
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...