PM USM: \”Ini bukan bentang assignment!\”, mahasiswa gesa ketelusan kewangan MPP

SUNGAI DUA – Sidang Parlimen Mahasiswa Siri 2, 2024/2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyaksikan perbahasan menjadi hangat seketika apabila beberapa wakil mahasiswa bangkit mempertikai integriti dan ketelusan dalam pembentangan belanjawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ketegangan tercetus susulan pembentangan dokumen perbelanjaan yang dirasakan tidak mencerminkan ketelusan sebenar, khususnya apabila hanya menggunakan carta pie (pie chart) tanpa menyertakan butiran penuh penyata kewangan.

Seorang perwakilan mahasiswa, yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap ketelusan laporan tersebut, menegaskan perlunya dokumen lengkap seperti penyata masuk keluar wang agar mahasiswa dapat menilai sendiri aliran perbelanjaan yang digunakan.

“Ini bukan bentang tugasan, ini bentang kewangan. Kita nak tengok berapa masuk, berapa keluar. Pie chart tu pun ada pengiraan salah. Saya pelajar matematik, saya sensitif dengan nombor,” tegasnya dalam dewan persidangan sambil menyarankan audit dalaman dijalankan ke atas pembentangan kewangan MPP.

Wakil MPP, Zulhilmi Rashid, yang juga merupakan pelajar jurusan Perakaunan, menyuarakan kekecewaan apabila kepakarannya tidak dimanfaatkan oleh kepimpinan MPP dalam penyediaan dokumen kewangan, walaupun beliau telah menawarkan kerjasama sejak awal penggal.

“Saya terkilan kerana saya dan rakan-rakan daripada jurusan perakaunan langsung tidak dirujuk. Kita bercakap soal transparensi, tapi aspek kewangan asas seperti internal auditor pun tidak digunakan. Macam mana kita nak jadi MPP yang telus dan progresif?” katanya.

Sementara itu, Azrin Hj Samah, wakil Perkumpulan Siswa Siswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA), turut membangkitkan persoalan berkaitan pengagihan dana dan peranan persatuan-persatuan lain dalam menyemak belanjawan.

“Bila keputusan dan peruntukan hanya dibuat oleh kumpulan tertentu, ini membuka ruang kepada ketirisan. Kita tak mahu ada \’suka sama suka\’, beli baju pun senang lulus. Perlu ada mekanisme semak imbang supaya semua pihak tahu ke mana duit itu disalurkan,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar semua transaksi kewangan MPP didedahkan sekurang-kurangnya kepada Yang Di-Pertua setiap negeri dan persatuan sebagai langkah ke arah ketelusan serta menyokong cadangan audit dalaman dan luaran yang lebih menyeluruh.

BACA JUGA:  Keluarga Altantuya mohon cabar keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan

Perbahasan tersebut turut disambut baik oleh majoriti ahli dewan yang bersetuju bahawa mekanisme semakan kewangan MPP perlu diperkasa demi menjaga akauntabiliti dan kepercayaan mahasiswa terhadap kepimpinan pelajar.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...