Khamis | 15/10/2026 | 10:18:25 pm
HomePendidikanPertama kali dalam sejarah, YDP Kampus Kejuruteraan USM dilantik 'speaker' Parlimen Mahasiswa

Pertama kali dalam sejarah, YDP Kampus Kejuruteraan USM dilantik ‘speaker’ Parlimen Mahasiswa

GEORGE TOWN – Pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Nuraiman Mohd Yusrino, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Yang Di-Pertua (Speaker) Dewan Parlimen Mahasiswa USM 2025/2026, sekali gus menjadi wakil pertama daripada Kampus Kejuruteraan yang memegang jawatan tertinggi itu sejak penubuhan platform berkenaan.

Pelantikan tersebut dianggap sebagai satu detik bersejarah, memandangkan Parlimen Mahasiswa yang sebelum ini dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar (DPP) kini dimartabatkan sebagai sebuah institusi perwakilan pelajar yang lebih berstruktur dan berperanan penting dalam tadbir urus universiti.

Menurut Nuraiman, amanah yang diberikan kepadanya disambut dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati, selain menjadi simbol kepercayaan terhadap keupayaan serta kematangan kepimpinan mahasiswa Kampus Kejuruteraan.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|