STPM 2024 catat PNGK tertinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional tertinggi dalam sejarah pelaksanaannya iaitu 2.85, berbanding 2.84 pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Md Amin Md Taff berkata, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 150 calon berbanding tahun lalu.

“Daripada 41,434 calon yang hadir, seramai 99.7 peratus atau 41,422 calon layak dianugerahkan sijil STPM 2024.

\’Syaratnya ialah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya ketika berucap semasa majlis pengumuman keputusan STPM 2024 di Dewan Besar MPM, di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa semua 23 mata pelajaran STPM 2024 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus iaitu gred C ke atas.

Majlis turut menyaksikan 20 pelajar terbaik STPM 2024 kebangsaan dipilih untuk menerima anugerah daripada MPM yang disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anugerah itu berupa wang tunai RM1,000, plak dan sijil.

Kategori tersebut merangkumi lapan pelajar terbaik kebangsaan aliran sains, lapan pelajar terbaik aliran sains sosial, seorang pelajar terbaik kategori Orang Asli dan tiga pelajar terbaik kategori calon Berkeperluan Pendidikan Khas melibatkan spastik, penglihatan buta dan rabun.

Tambah Md Amin lagi, MPM akan meneruskan kolaborasi dengan Cambridge University Press and Assessment, United Kingdom bagi memastikan sijil STPM terus setaraf GCE A-Level serta kekal relevan dengan perkembangan pentaksiran pendidikan dunia.

BACA JUGA:  Lelaki nyaris tercekik skru dalam pulut panggang bazar Ramadan
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...