Iskandar Zulkarnain kembali ke BAM, sertai barisan kejurulatihan perseorangan negara

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai kepulangan bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya terjawab apabila badan induk itu mengesahkan pelantikannya sebagai jurulatih baharu skuad perseorangan negara.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu sidang media selepas sesi libat urus di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

“Kami ingin mengumumkan bahawa hari ini kita akan memiliki jurulatih baharu bagi menyokong skuad perseorangan negara, iaitu Iskandar Zulkarnain. Beliau akan melaporkan diri pada 1 Oktober depan,” katanya.

Menurut Zafrul, perbincangan terperinci telah diadakan bersama Iskandar, memandangkan beliau masih terikat dengan kontrak bersama Persatuan Badminton Ireland sehingga 2028. Bagaimanapun, persetujuan telah dicapai minggu lalu dengan beberapa syarat yang ditetapkan, dan maklumat lanjut akan diumumkan selepas Iskandar pulang dari Ireland.

Kepulangan pemain yang pernah digelar \”Sang Penakluk\” itu dijangka mengukuhkan barisan kejurulatihan BAM, khususnya dalam membantu Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen. Namun begitu, tugas rasmi beliau dalam struktur pasukan masih belum dimuktamadkan.

Sebagai jurulatih, Iskandar membuktikan kredibilitinya apabila berjaya membawa perseorangan lelaki Ireland, Nhat Nguyen, mara ke Sukan Olimpik Paris 2024, sekali gus menunjukkan potensinya di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Jonassen turut menyatakan bahawa Iskandar merupakan antara calon paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih skuad perseorangan wanita negara, membuka ruang kepada kemungkinan peranan tersebut bakal diberikan kepadanya.

Kepulangan Iskandar ke BAM pastinya dinantikan peminat badminton tanah air yang berharap beliau mampu membawa nafas baharu dalam usaha mengembalikan kegemilangan perseorangan Malaysia di pentas dunia.

BACA JUGA:  Lapan suspek kes pukul remaja lunyai didakwa esok
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...