‘Rider sailang\’ mengejut, undang kecaman selepas cetus pelanggaran dua kenderaan

KUALA LUMPUR – Tindakan cuai seorang penghantar makanan (p-hailing) yang memotong secara mengejut ke laluan kiri tanpa memberi sebarang isyarat telah mencetuskan pelanggaran membabitkan dua buah kenderaan, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Insiden tersebut tular selepas Afiq Asyran memuat naik rakaman dari kamera papan pemuka (dashcam) miliknya ke laman Facebook, memaparkan detik sebuah motosikal memasuki lorong kiri secara tiba-tiba.

Menurut rakaman itu, tindakan penunggang motosikal berkenaan menyebabkan sebuah kereta terpaksa membrek secara mengejut dan melanggar sebuah Perodua Ativa di hadapannya.

Lebih mengejutkan, penunggang terbabit langsung tidak berhenti atau mengambil tanggungjawab, malah terus berlalu pergi dari lokasi kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Elak orang yang bersalah… tiba-tiba yang tak bersalah jadi mangsa. Yang salah lari,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Jauh dia dari garisan tiga tiba-tiba sailang nak masuk simpang… memang tak sayang nyawa,” ujar pengguna bernama Ralf Ash.

“Nasib baik ada dashcam… kalau tak, pemilik Ativa tu dah kena tuduh dia yang langgar,” kata Kyzer.

Setakat ini, lokasi kejadian belum dikenal pasti dan tiada maklumat lanjut mengenai tindakan susulan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. Pihak polis turut menggalakkan pengguna jalan raya untuk membuat laporan sekiranya menyaksikan sebarang kejadian membahayakan di jalan raya.

BACA JUGA:  Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal langgar lampu isyarat
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...