UPSI ‘rampas’ takhta UPM, 11 emas di trek olahraga IPT

KUALA TERENGGANU – Dominasi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam sukan olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mula dicabar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas menampilkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Trek dan Balapan Varsiti (VTF) Siri 2 yang berlangsung baru-baru ini.

Kedua-dua kontinjen IPT itu menamatkan saingan dengan kutipan 12 pingat emas. Namun, UPSI tampil lebih menyerlah apabila 11 daripada emas itu diraih melalui acara trek, berbanding hanya empat diperoleh UPM dalam disiplin sama.

Penyelaras pasukan olahraga UPSI, Prof. Madya Dr. Thariq Khan Azizuddin Khan menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil pendekatan latihan sistematik dan sokongan padu daripada pihak pengurusan sukan universiti.

“Kami tidak meletakkan tekanan kepada atlet untuk muncul juara keseluruhan, sebaliknya fokus diberikan kepada peningkatan prestasi peribadi. Alhamdulillah, ramai atlet berjaya mencatat rekod terbaik masing-masing dalam kejohanan kali ini,\” katanya di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.

“Danish merupakan contoh atlet muda berpotensi besar. Kami yakin dia mampu menjadi sebahagian daripada pelapis utama negara bersama Azeem Fahmi suatu hari nanti,” katanya.

Antara pencapaian paling mencuri tumpuan adalah pelari muda UPSI, Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang memecahkan rekod kejohanan acara 100 meter dengan catatan masa 10.32 saat (s), hanya 0.23s di belakang rekod kebangsaan milik Azeem Fahmi (10.09s).

UPSI turut menyapu bersih acara 4x100m dan 400m lari berpagar lelaki dan wanita, di samping mengungguli acara 200m wanita, 400m lelaki serta 4x400m campuran. Dalam acara jarak jauh, kontinjen itu turut membuktikan kehebatan dengan memenangi emas bagi kategori 5,000m wanita dan 10,000m jalan kaki.

Kejayaan luar biasa ini memberi isyarat jelas bahawa UPSI kini muncul antara pencabar utama kejuaraan keseluruhan menjelang Grand Final VTF yang dijadual berlangsung di UPM, November ini.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Pemilik \'dashcam\' serah bukti dan tampil bantu siasatan
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...