Pemandu lori maut, tiga cedera nahas kemalangan di PLUS

SEREMBAN – Seorang pemandu lori maut manakala tiga individu lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Nizam Yom, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 12.51 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Nahas melibatkan sebuah lori satu tan dan sebuah kereta jenis Perodua Ativa. Pemandu lori yang berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, seramai tiga mangsa lain yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita hanya mengalami kecederaan ringan.

“Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” ujar beliau.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

BACA JUGA:  Johari minta DBKL tangguh projek jalan, pertahan nasib penjaja Desa Pandan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...