Tiada kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya utama bagi membolehkan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang peningkatan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurut Anwar, keputusan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar.

“Kerajaan akan menanggung kos pampasan melebihi RM500 juta kepada syarikat konsesi bagi memastikan kadar tol tidak dinaikkan,” katanya.

Antara lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE), Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX).

Tambah beliau, penangguhan kenaikan kadar tol ini adalah antara langkah segera kerajaan bagi memastikan rakyat terus dilindungi daripada beban kos tambahan dalam perbelanjaan harian.

BACA JUGA:  Iran tuduh serangan AS, Israel tiada asas undang-undang, dakwa bunuh lebih 100 kanak-kanak
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...