KKM dalam usaha haramkan sepenuhnya penjualan vape

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu itu secara lebih berkesan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan pengharaman tersebut perlu dilakukan secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk impak dari segi perundangan, penguatkuasaan serta kesihatan awam.

“Bagi mencapai kawalan yang lebih menyeluruh, khasnya dalam agenda pengharaman sepenuhnya terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, ia masih lagi di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

“Seiring dengan itu, KKM sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) mengenai pendirian KKM terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik dan vape di negeri masing-masing.

Dr Dzulkefly turut menyambut baik tindakan enam kerajaan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang memutuskan untuk tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan vape.

“Kementerian menyambut baik keputusan tersebut memandangkan kuasa pelesenan premis perniagaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri.

“Pendekatan ini juga sejajar dengan aspirasi untuk melindungi kesihatan awam.

“Namun begitu, kawalan yang dilaksanakan pada masa ini hanya membabitkan larangan penjualan produk merokok di premis tertentu seperti kedai khas dan tidak merangkumi kedai runcit atau serbaneka,” katanya.

Beliau menambah KKM memberi keutamaan kepada kawal selia ketat produk merokok menerusi pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang merangkumi pendaftaran produk, larangan pengiklanan, promosi, penjualan serta larangan merokok di kawasan larangan merokok.

BACA JUGA:  Peserta RXZ cedera parah, kaki kiri putus digilis lori

Sebagai usaha lanjut, KKM sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu dinamakan ‘Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa)’ yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos ini.

“Operasi ini bertujuan memastikan penguatkuasaan Akta 852 dapat dijalankan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan di seluruh negara,” tambahnya.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...