“Tak hidup dek puji, tak mati dek keji” – Tun Laila

KUALA LUMPUR – Peguam, Tun Laila tampil menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya susulan pertikaian terbuka dengan selebriti dan aktivis kemasyarakatan, Ariz Ramli atau Caprice, berhubung isu kes enam mangsa pukul yang pernah diperjuangkan sebelum ini.

Dalam satu hantaran di media sosial, Tun Laila menegaskan beliau tidak terkesan dengan serangan peribadi atau penyebaran semula gambar lamanya yang didakwa sering digunakan setiap kali namanya menjadi tular.

“Hidup ni mudah, kita tak suka, kita buang. Simpan sampah buat apa?” tulisnya.

Tun Laila turut menafikan dakwaan kononnya beliau tidak pernah memenangi sebarang kes sepanjang kerjayanya. Sebaliknya, beliau menjelaskan terdapat kes di bawah kendaliannya yang telah berjaya sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, termasuk kes melibatkan Akta Kastam yang mencatatkan kadar kemenangan penuh.

“SPRM, SOSMA, dadah 39B, Seksyen 14 amang seksual, rayuan habeas corpus di Mahkamah Rayuan, malah pernah cipta precedent untuk kes Akta Kastam. Semua ini kami menangi. Alhamdulillah,” katanya sambil menegaskan tidak semua kes sesuai dihebahkan kepada umum demi menjaga hak dan privasi mangsa atau orang kena tuduh (OKT).

Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan membela mangsa tidak sepatutnya diheret menjadi serangan peribadi.

“Nak perjuangkan mangsa itu bagus, tapi bila ia dibawa secara peribadi, ia tidak membantu. Ini bukan kali pertama saya berdepan lelaki seperti ini. Alah bisa tegal biasa,” ujarnya.

MYBERITA sebelum ini melaporkan Caprice mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba menyekatnya daripada bersuara mengenai kes tersebut, selain meluahkan rasa kecewa apabila usahanya membela mangsa diperkecilkan.

Pertelingkahan antara kedua-dua pihak kembali mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet selepas Tun Laila memuat naik video di TikTok yang menyentuh topik melibatkan Caprice dan ahli perniagaan, Ashraf Khalid, susulan sebuah podcast tular.

BACA JUGA:  Rumah terbuka jadi kontroversi, Azfar Heri minta netizen henti banding-banding

Kes enam mangsa pukul yang menjadi punca konflik ini pernah mendapat liputan meluas, malah Caprice mendakwa menerima pelbagai tekanan termasuk ugutan bunuh ketika memperjuangkan nasib mangsa.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...