KRU batal konsert di Pulau Pinang demi kekalkan standard persembahan

PUTRAJAYA – Kumpulan legenda KRU membuat keputusan mengejut apabila membatalkan Konsert GenKRU di Pulau Pinang yang dijadualkan hujung bulan ini, selepas menilai ia tidak mampu menandingi mutu persembahan di Kuala Lumpur.

Pengasasnya, Datuk Norman Abdul Halim, 53, berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan rasa kecewa dalam kalangan peminat sekiranya konsert versi Pulau Pinang dipersembahkan dalam format lebih kecil berbanding penganjuran di Axiata Arena sebelum ini.

“Kami sudah tetapkan penanda aras tinggi untuk GenKRU. Kalau tidak mampu capai tahap itu, lebih baik kami hentikan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Norman turut berkongsi bahawa pengalaman pementasan di Singapura pada Jun lalu membuktikan konsert skala kecil tidak memberikan impak besar, berbanding empat malam persembahan di Kuala Lumpur yang mengumpul 40,000 penonton.

“Ini bukan soal mengabaikan peminat di utara, tetapi kami percaya mereka juga mahu merasai persembahan penuh dalam skala sebenar, bukan versi dipadatkan,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, KRU akan berehat seketika daripada konsep GenKRU sebelum muncul dengan format baharu yang merangkumi pemilihan lagu serta persembahan lebih segar.

“Yusry dan Edry tidak suka mengulang konsep atau gimik sama. Peminat sekarang sentiasa menjangka sesuatu yang baharu, apatah lagi dengan mudahnya rakaman persembahan tersebar di media sosial,” katanya lagi.

Terdahulu, Konsert GenKRU di Axiata Arena pada Mei lalu mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai konsert berskala mega yang menampilkan trio beradik itu di pentas besar.

BACA JUGA:  Sharul Aimy sasar kebangkitan cemerlang kejohanan dunia Jakarta
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...