Rayuan AG ditolak, Titah Adendum Najib dengar di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewujudan Titah Adendum, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Peguam Negara untuk menghalang prosiding itu.

Keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah itu, membuka laluan bagi semakan kehakiman berkenaan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sebelum ini, panel berkenaan memutuskan bahawa jika rayuan ditolak, prosiding akan berjalan di Mahkamah Tinggi, manakala jika dibenarkan, hasrat Najib untuk mendapatkan perintah mandamus bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah akan terhenti.

Pada prosiding 9 Julai lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, berhujah menentang semakan tersebut, manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib menegaskan pihak pendakwa sepatutnya berterus terang sejak awal mengenai kewujudan titah itu.

Najib, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memohon semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu, yang didakwa mengandungi perintah supaya beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Dalam permohonan itu, Najib menamakan tujuh pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Kerajaan Malaysia sebagai responden. Beliau turut memohon perintah supaya jika titah berkenaan wujud, ia dilaksanakan serta-merta dengan pemindahan dari penjara ke kediamannya di Kuala Lumpur.

Lembaga Pengampunan sebelum ini mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dan mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BACA JUGA:  Deretan rumah di Pulau Ketam hangus dijilat api, lima keluarga terjejas nak sambut Syawal
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...