Anwar tak mahu terlibat dalam keputusan DNAA Najib

PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta.

Menurut Anwar, keputusan tersebut adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

“Keputusan dibuat itu adalah soal hakim, itu soal Peguam Negara, saya tidak mahu masuk campur,” katanya ringkas kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong.


Terdahulu, beliau turut meluangkan masa menjamu selera di Restoran RT, Puchong sebelum menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.

Pada pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan tersebut.

Hakim K. Muniandy berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tempoh panjang kes berkenaan dan ketidaksediaan pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan dalam masa terdekat.

Dalam prosiding terdahulu, pihak pendakwaan memohon tempoh masa lebih panjang bagi mengesan dan mengumpul semula 807 eksibit yang sebelum ini digunakan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

BACA JUGA:  Wanita didakwa serang Sultan Nazrin dihantar jalani pemeriksaan psikiatri
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...