‘Bumper MPV’ remuk, Penyanyi Nabila Razali terlibat kemalangan

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di sebuah kompleks beli-belah di sini, pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Nabila, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan dua foto hitam putih keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya.

Gambar berkenaan menunjukkan bahagian hadapan (bumper) kenderaan tersebut tercabut, selain beberapa komponen lain turut mengalami kerosakan. Kejadian dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan sebuah kenderaan lain.

“Not the Friday I ordered (Bukan hari Jumaat yang saya mahukan),” tulis penyanyi lagu Peluang Kedua itu secara ringkas.

Setakat ini, keadaan kesihatan Nabila masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang perkongsian lanjut dibuat di media sosialnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mendoakan Nabila berada dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan.

BACA JUGA:  'Putera Tidur' Arab Saudi mangkat lepas dua dekad koma
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...