Mahkamah tetapkan 19 September depan sebutan semula kes Naim Daniel

PUTRAJAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.

Peguam bela Naim, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique memaklumkan, pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes tersebut kepada mahkamah dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

“Prosiding hari ini adalah berhubung serahan dokumen. Pihak pembelaan juga telah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan. Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan bagi pengurusan kes. Pada tarikh tersebut, kita akan lihat sama ada terdapat dokumen tambahan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding.

Pada 17 Jun lalu, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim dalam prosiding tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu popular Purnama itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah sebelum ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Naim ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa namun dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kemudian mengesahkan Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan untuk menuduh penyanyi itu di mahkamah.

BACA JUGA:  Lapan ditahan polis kes pukul beramai-ramai, mangsa terima sembilan jahitan
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...