92 individu ‘kantoi’ guna nombor plat palsu, 830 motosikal kena sita

KUALA LUMPUR – Seramai 92 individu ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu sepanjang operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dari Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 184 individu turut ditahan kerana memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 akta yang sama.

“Selain itu, sejumlah 830 motosikal disita atas pelbagai kesalahan, khususnya melibatkan penggunaan ekzos bising,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Yusri menegaskan, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi bersepadu bagi mengekang kegiatan samseng jalanan yang dilihat mengundang risiko terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti samseng jalanan ke bilik gerakan polis daerah atau kontinjen terdekat bagi membolehkan tindakan segera diambil.

BACA JUGA:  Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di Klebang, semua krew selamat
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...