Siasatan dibuka berhubung kematian ‘livestreamer’ di Perancis

NICE — Pejabat pendakwa raya di selatan Perancis mengesahkan mereka sedang menyiasat kematian seorang lelaki berusia 46 tahun yang meninggal dunia semasa sesi siaran langsung di mana dia diseksa oleh dua rakan siaran secara langsung.

Mangsa, Raphael Graven yang lebih dikenali di dalam talian sebagai ‘Jean Pormanove’ atau ‘JP’, terkenal dengan kandungan siaran langsung di internet yang memaparkan dirinya diseksa atau dihina sebagai sebahagian daripada hiburan.

Pendakwa raya di bandar Nice berkata Graven meninggal dunia pada hari Isnin di sebuah kampung berdekatan, Contes.

Pengguna internet melaporkan bahawa video yang disiarkan secara langsung di platform Australia bernama Kick itu menunjukkan Graven terlantar tidak bergerak di bawah selimut katil, sementara salah seorang daripada dua lelaki dalam bilik tersebut membaling botol plastik ke arahnya.

Pejabat pendakwa raya Nice telah memulakan siasatan bagi menentukan punca kematian dan telah mengarahkan bedah siasat dijalankan.

Polis di Nice sejak lapan bulan lalu menjalankan siasatan berhubung dakwaan “tindakan keganasan sengaja” ke atas “golongan rentan” yang kandungannya dimuat naik ke internet.

Siasatan tersebut bermula pada bulan Disember lalu selepas laporan media Perancis, Mediapart, mendedahkan kewujudan video-video sedemikian yang mendapat ribuan tontonan, terutama di platform Kick.

Apabila ditanya mengenai siasatan itu, pihak Kick enggan memberikan sebarang maklumat dengan memetik dasar kerahsiaan mereka.

Platform tersebut dilihat mempunyai terma pengguna yang kurang ketat berbanding pesaingnya, Twitch, yang lebih dikenali di kalangan pengguna streaming.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Mayat 13 mangsa nahas dibawa ke hospital Ipoh, dua lagi di hospital Gerik
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...