78,883 calon dapat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda

PUTRAJAYA – Seramai 78,883 calon berjaya mendapat tempat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi sesi pengambilan tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah itu mewakili 71.80 peratusdaripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima menerusi UPUOnline.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan bagi sesi kali ini. Proses pemilihan dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” menurut kenyataan itu.

Bagi calon yang tidak berjaya memperoleh tempat, KPT membuka peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline® bermula 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.

KPT turut merakamkan ucapan tahniah kepada calon yang berjaya dan menzahirkan harapan agar peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaik mungkin.

BACA JUGA:  Tiada kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...