KUALA LUMPUR – Shopee sekali lagi mencuri perhatian apabila kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat tahun ini bukan sahaja menawarkan harga gila-gila murah, malah mengubah pengalaman membeli-belah menjadi sebuah festival gaya hidup yang penuh hiburan.
Sepanjang berlangsung dari 1 hingga 9 September, pengguna bukan sahaja berpeluang mendapatkan diskaun besar-besaran, malah boleh menyaksikan rancangan istimewa Shopee 9.9 Super Showdown: Siapa Lagi Power? yang menampilkan barisan artis popular tanah air.
Lebih menarik, Shopee turut menawarkan peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah bernilai sehingga 9 juta Shopee Coins serta Habib Gold Wafer. Menurut kenyataan rasmi Shopee, kempen tahun ini direka untuk membuktikan bahawa membeli-belah bukan lagi sekadar transaksi, sebaliknya satu bentuk hiburan digital yang menyatukan komuniti dalam talian.
Antara tawaran yang menjadi rebutan termasuk penghantaran percuma tanpa minimum belian di mana pengguna boleh membeli apa sahaja daripada sekecil aksesori hingga sebesar barangan elektrik dengan kos penghantaran percuma.
Shopee turut memperkenalkan promosi Lagi Murah dengan potongan harga sehingga 50 peratus setiap hari dan tambahan baucar untuk penjimatan berganda. Lebih istimewa, produk yang bertanda “Lagi Cepat” juga akan dihantar pada hari berikutnya jika dibeli sebelum jam 12 tengah hari, membolehkan pembeli menerima barangan tanpa perlu menunggu lama.
Bagi yang gemar memburu tawaran sensasi, Shopee turut menyediakan pelbagai kejutan seperti RM9 dan RM99 Deals pada masa terpilih, potongan besar untuk produk kecantikan serta fesyen pada jam tertentu, selain kempen Mega Midnight Madness yang menawarkan baucar diskaun sehingga 90 peratus setiap sepuluh minit. Malah, baucar makanan dan minuman juga tersedia serendah 9 sen dengan tawaran beli satu percuma satu yang pasti membuatkan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.
Kempen Shopee 9.9 kali ini jelas menunjukkan gabungan hebat antara dunia membeli-belah dan hiburan, menjadikan ia lebih daripada sekadar jualan mega. Shopee 9.9 Super Showdown: Siapa Lagi Power? akan disiarkan secara langsung pada 9 September dan dijangka menjadi tarikan utama buat penonton yang bukan sahaja ingin berhibur, tetapi juga merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.

