Shafie Apdal kena surat tunjuk sebab hina mahkamah kes Zara Qairina

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas didapati menghina mahkamah berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu ketika berucap pada satu majlis di Sandakan baru-baru ini mendakwa kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan serta mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengarahkan notis tersebut dikeluarkan selepas semua pihak berkepentingan termasuk Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali tidak membantah permohonan yang dikemukakan.

Permohonan berkenaan dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh pada prosiding tertutup yang berlangsung pagi ini.

Ram sebelum ini merupakan salah seorang peguam mewakili Pelajar A, individu yang pernah didakwa mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Allahyarham Zara Qairina.

Sementara itu, peguam Azhier Farhan Arisin ketika dihubungi turut mengesahkan perkembangan berkenaan.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Polis ambil sampel darah pemandu bas
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...