Supermodel Bella Hadid dirawat di hospital akibat penyakit Lyme

NEW YORK – Supermodel terkenal, Bella Hadid, 28, dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat komplikasi penyakit Lyme kronik yang dihidapinya sejak remaja.

Perkara itu disahkan ibunya, Yolanda Hadid, yang juga bekas model dan bintang rancangan Real Housewives of Beverly Hills, menerusi satu kenyataan di media sosial. 

Yolanda menyifatkan perjuangan anaknya sebagai berani meskipun berdepan rawatan yang kerap gagal serta kemerosotan kesihatan berulang.

Bella, yang disahkan menghidap penyakit Lyme ketika berusia 16 tahun, sebelum ini sering berkongsi perjalanan kesihatannya di Instagram. 

Terkini, beliau memuat naik gambar di hospital dengan tiub IV serta wajah yang kelihatan letih.

Penyakit Lyme berpunca daripada gigitan kutu yang membawa bakteria Borrelia burgdorferi, dan antara simptomnya termasuk keletihan melampau, sakit sendi, masalah kognitif serta kebimbangan.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegelapan, kesakitan, dan keperitan yang kamu lalui sejak diagnosis pada 2013. Kamu tidak dapat jalani kehidupan, sebaliknya belajar untuk wujud dalam penjara otak yang lumpuh,” tulis Yolanda dalam hantaran penuh emosi.

Bella, yang juga pengasas jenama minyak wangi Orebella, pernah menyatakan bahawa beliau berasa semakin pulih selepas menjalani lebih 100 hari rawatan intensif pada 2023. 

Namun, kemasukan ke hospital baru-baru ini membuktikan penyakit itu masih menjejaskan kehidupannya.

Yolanda turut melahirkan harapan untuk berkongsi pengalaman mereka dengan komuniti pesakit Lyme apabila keputusan rawatan menunjukkan perkembangan positif.

“Kami akan terus berjuang untuk hari yang lebih baik, bersama-sama,” katanya.

BACA JUGA:  Mahkamah arah Caprice fail pembelaan kes fitnah terhadap Asyraf Khalid
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...