“Dah macam cubaan membunuh,” netizen takut lihat pemandu nyaris langgar pejalan kaki

KUALA LUMPUR – Rakaman dashcam tular di media sosial memaparkan detik cemas seorang pejalan kaki hampir dirempuh sebuah kereta dipandu laju berdekatan Dataran Merdeka, semalam.

Dalam video berdurasi 25 saat yang dikongsi pengguna TikTok @wanalifasyraf_, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Bezza meluncur deras walaupun lampu isyarat merah sudah menyala.

Pejalan kaki berkenaan yang sedang melintas jalan terpaksa mengelak pantas pada saat akhir, sebelum objek yang dipegangnya tercampak ke atas jalan akibat kejadian itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta bimbang dengan tindakan pemandu tersebut, malah ada yang menyifatkan pemanduan berbahaya itu seolah-olah “cubaan membunuh.”

“Kalau tak sempat elak, memang nahas. Pemandu macam ni patut kena ambil tindakan segera,” tulis seorang pengguna TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman berkenaan sudah meraih lebih 960,000 tontonan dan 2,000 komen.

Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mahupun pemandu terbabit.

Insiden ini turut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet yang menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit agar kejadian serupa tidak berulang.

BACA JUGA:  Polis siasat kes penunggang bergaduh, punca salah faham lalu lintas
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...