Selasa | 13/10/2026 | 12:35:40 pm
HomePendidikan‘Wajibkan lawatan ke penjara untuk pelajar sekolah’ – Cikgu Zack Kirana

‘Wajibkan lawatan ke penjara untuk pelajar sekolah’ – Cikgu Zack Kirana

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pendidik, Cikgu Zack Kirana mencadangkan agar pihak berkuasa pendidikan mewajibkan program lawatan ke penjara bagi pelajar sekolah susulan peningkatan kes jenayah membabitkan golongan remaja termasuk buli, rogol dan pembunuhan.

Menurut Cikgu Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, 38, langkah itu penting bagi memberikan kesedaran awal kepada pelajar tentang realiti kehidupan di penjara, sekali gus menanam rasa insaf serta menghargai kebebasan yang dimiliki.

“Rasanya dah tiba masa, wajibkan lawatan sekolah ke penjara-penjara. Biar anak-anak lihat sendiri dengan mata mereka betapa mahalnya nilai sebuah kebebasan dan kehidupan. Allah, selamatkanlah anak-anak kami,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|